Monday, December 7, 2009

Nasi Tomato & Sewaktu Dengannya

Fikir punya fikir apalah nak dimasak hari ni. Buka peti sejuk tengok apa yg masih dok bertapa lagi kat dlm tu. Selepas dikahwinkan bahan2 yg cuma tinggal serba sedikit tu maka terciptalah menu nasi tomato yg bahan2nya walau tak seberapa tapi cukup utk akak merasa bangga kerana kelima-lima partner serumah (suami & anak2) termasuklah akak makan sungguh2. Ataupun kami berenam memang lapar sbb pagi cuma makan roti canai segera yg dicicah dgn sambal sotong dan pau sejukbeku yg akak panaskan balik. Apapun menunya adalah seperti dibawah:-






Nasi Tomato
4 cwn beras - basuh & toskan
A. 1 sdb marjerin
1 sdb minyak sapi
B. Dipotong
1 biji bawang besar
4 ulas bwg putih
1 in halia
C. kulit kayu manis, pelaga, b cengkih, b lawang
D. 1 bj buah tomato dibuang biji & dipotong
2 helai daun pandan disimpul
1 sdb rempah beriani
daun ketumbar
2 sdb puri tomato
1 sdb bawang goreng (yg dibuat sendiri lagi wangi)
garam & gula secukup rasa
E. 1/2 cwn susu cair
4 cwn air
F. daun ketumbar, kismis & gajus

Panaskan A kemudian masukkan C & diikuti dgn B. Bila dah naik bau masukkan D satu persatu mengikut aturan diikuti oleh E. Biarkan sampai betul2 mendidih dan cukup rasa, masukkan beras. Apabila airnya hampir kering taburkan F dan masak nasi seperti biasa & enak dimakan dgn dalca, sambal ayam & acar timun/acar buah.

2 comments: